



|
PAS, Pemuda Umno sepakat desak PM tarik AP Israel |
|
|
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - PAS dan Pemuda Umno sepakat mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik balik permit import (AP) yang membolehkan urusan perdagangan dengan Israel bagi memberi tekanan berhubung keganasan rejim TelAviv terhadap umat Islam khususnya rakyat Palestin. Desakan itu adalah melalui Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mahfuz Omar yang menyokong kenyataan tegas Ketua Pemuda Umno Johor, Razali Ibrahim supaya PM menghentikan segala bentuk AP pada semua produk keluaran Israel. Mahfuz berharap Abdullah sebagai PM perlu mengakui kelemahan dan ketidakupayaan beliau dalam membuat pemantuan bagi memastikan Malaysia tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dan urusan perdagangan dengan Israel. Beliau berkata, apa yang berlaku ada agensi di kementerian tertentu yang telah mengeluarkan AP bagi membolehkan urusan perdagangan dengan Israel sebagaimana yang diketahui umum banyak buah-buahan diimport dari negara tersebut. "Abdullah kena akui kelemahan pemantauannya dan beliau perlu meminta maaf kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Palestin kerana bersengkokol membantu mengukuhkan ekonomi Israel," katanya kepada Harakahdaily. Tambah beliau, apabila Malaysia membuat hubungan perdagangan dengan Israel ia akan mengukuhkan ekonomi negara itu dan dalam masa yang sama Israel akan menggunakan kekuatan ekonominya untuk melanyak umat Islam seluruh dunia khususya di Palestin. Katanya, adalah tidak wajar rakyat Malaysia membuat urusan perdagangan dengan Israel. PETIKAN HARAKAH DAILY... |
Posted by mahabbah at 01:55 pm
Comments (3) Permalink
(PENGENALAN AGAMA YAHUDI)
...PETIKAN KERTAS KERJA PMRAM...
PENDAHULUAN
Firman Allah Taala
bermaksud:
(Sesungguhnya, kami telah mengambil perjanjian dari bani Israel, dan telah kami utus kepada mereka para rasul. Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian daripada para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh) - Al-Maidah : 70.
Firman Allah Taala
bermaksud:
(Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya, "Ini dari Allah," dengan maksud untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan)
–Al-Baqarah : 79
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Berbicaralah mengenai bani
Bagi mereka yang ingin mengkaji agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan kaum keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci melainkan dengan melalui penghayatan terhadap Kitab Perjanjian Lama. Di dalam kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan bani
Golongan sarjana pengajian perbandingan agama yang terdiri daripada orang-orang Yahudi dan selainnya telah bersepakat bahawa Kitab Perjanjian Lama yang berada di tangan kita sekarang bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah orang-orang Yahudi, mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya mengajak para pembaca berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permaslahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah "Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka. (Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi umat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah diketahui rahsia yang menjadi pendorong kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat. Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan akidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui kertas kerja yang ringkas dan tidak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai sejarah kelahiran dan perkembangan Bani Israel, kitab-kitab suci seperti taurat, beberapa permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini.
Saya berharap dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran mengenai agama Yahudi dan penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.
Buat akhirnya saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu.
MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAIL
1. YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak ke empat bagi Nabi Yaakob a.s. yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israil. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keruntuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 SM. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang kitab MILAL DAN NIHAL : yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israil semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa, "Sesungguhnya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan." Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.
2. IBRANI
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil,
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal-usul nama kabilah ini.
3. ISRAIL
Israil adalah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan".Ia adalah gelaran yang diberikan oleh tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaakob selepas Nabi Yaakob dapat mengalahkan tuhan dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata, "Selepas ini jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaakob, malah panggillah Israil kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku." Safar pembentukan alam 32/28.
Posted by mahabbah at 01:04 pm
Make a comment Permalink
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya, Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir di bumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi
2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut
3. Pada tahun 3000 SM, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di
4. Pada tahun 2500 SM, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meninggalkan Semenanjung Arab kerana kemarau panjang dan menuju ke barat sungai
5. Sebuah kabilah yang datang dari kepulauan Creatdi lautan Mediterranean yang bergelar Palestin telah berhijrah ke Bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200SM. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali sebagai orang Palestin dan tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.
6. Adapun orang-orang
7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah
8. Sebuah kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir telah disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka. Mereka telah memerintah dari tahun 2098 SM hinggalah tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di
9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.
10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israil hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatka di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israil tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s. dan keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di
13. Dalam perjalanan mencari tempat dalam menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi
14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s. bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil. Maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.
15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul, maka ia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s. telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.
17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaakob.
18. Yaakob digelar sebagai Israil dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israil. Yaakob juga mempunyai empat orang isteri iaitu:-
i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu: Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi Yaakob) mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada Rahil mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya di sekitar tahun 1750 SM. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s. dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israil suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
20. Jika diperhatikan kepada orang-orang Ibrani (bangsa Yahudi) selepas daripada penghijrahan mereka daripada tanah
i- Perbezaan akidah di mana orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim sedangkan kaum dan kabilah yang lain menyembah berhala.
ii- Perbezaan pemikiran di man orang-orang Ibrani, mereka hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza dengan jiran mereka kabilah lain yang hidup menetap dan mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.
21. Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan meninggalkan cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.
22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasakan bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan perancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis,
23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.
Posted by mahabbah at 01:03 pm
Make a comment Permalink
BANI ISRAIL DI MESIR
24. Pada kurun ke-17 SM Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098 hingga 1857 SM. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaakob a.s. iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israil ke Mesir telah disambut oleh pemerintahan Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
25. Bani Israil bersama dengan bapa mereka Israil (Yaakob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.
26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israil mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash daripada keluarga ke-18 Kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
27. Apabila tampuk pemerintahan kembali ketangan penduduk asalnya, maka Bani Israil tidak lagi mendapat keistimewaan sepertimana yang mereka perolehi di zaman Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israil beberapa sebab:-
i- Keistimewaan yang dikecapi oleh mereka di zaman Haxsos menimbulkan rasa dengki dan cemburu di hati orang-orang Mesir.
ii- Selepas kekalahan mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka pernah dapati di zaman Haxsos. Ini menyebabkan mereka merancang untuk memberontak dan menimbulkan kacau bilau Kerajaan Mesir.
iii- Kehidupan mereka yang mengasingkan diri dari masyarakat Mesir menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah.
28. Orang-orang Mesir merasakan pengasingan masyarakat Yahudi dan pertambahan bilangan yang mendadak menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghlang perkara tersebut. Pada ketika itu, Mesir diperintah oleh seorang maharaja dari keturunan keluarga Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar man-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israil dibunuh agar mereka tidak mempunyai kaum lelaki, maka perempuan-perempuan di kalangan mereka terpaksa mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI ISRAIL KELUAR DARI MESIR
29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui antara Nabi Musa dan Firaun, maka Nabi Musa meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan Allah kepada mereka.
30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai riwayat keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez, mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israil dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan pada waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati ditelan laut.
32. Apabila Nabi Musa a.s. dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai maka bermulalan kehidupan baru bagi Bani Israil. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi batu-batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari lebih-lebih lagi sumber air yang jarang didapati di kawasan tersebut.
33. Bani Israil begitu marah dengan kehidupan mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir.
34. Nabi Musa a.s. telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepada-Nya selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa untuk bermunajat dan menerima kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s.
35. Apabila Nabi Musa a.s. terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, ulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak dan barang perhiasan daripada Bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada tuhan baru mereka.
36. Sekembalinya Nabi Musa a.s. dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, di dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri maka beliau merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
37. Nabi Musa a.s. dengan penuh kecewa telah menghempas tulisan-tulisan kitab Taurat yang diturunkan kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat.
38. Nabi Musa a.s. dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjian olehnya kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut, mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.
39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan Allah kepada mereka.
40. Bani Israil telah disesatkan oleh Allah di sebuah
41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israil telah dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' bin Nun. Dengan kepimpinan Yushak dan ketabahan Bani Israil mereka berjaya memasuki tanah Palestin.
BANI ISRAIL DI BUMI PALESTIN
42. Bani Israil telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israil, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. selama 50 tahun.
43. Sejarah pemerintahan Bani Israil di bumi Palestin terbahagi kepada tiga zaman:-
i- Zaman pemerintahan Qadi (Hakim)
ii- Zaman pemerintahan beraja
iii- Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM
44. Seperti yang telah disebut dalam "Safar al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan hakim selama empat kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya satu kurun sahaja. Dinamakan Zaman Pemerintahan hakim kerana yang dipilih di kalangan 12 puak Bani Israil mempunyai kuasa tertinggi namun setiappuak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.
45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA
46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israil bangkit memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israil telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwil dan meminta daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israil yang berpecah-belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya menentang musuh-musuh mereka.
47. Maka Syamwil dengan petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.
48. Dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s. adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak daripada itulah nama Nabi Daud a.s. disanjung oleh Bani Israil. Keadaan ini telah menimbulakan perasaan dendam dan dengki yang membara dalam hati Thalut mentebabkan dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
49. Nabi daud a.s. telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israil dengan menyerang mereka. Akhirnya nabi Daud a.s. berjaya menjadi raja yang kedua bagi Bani Israil seperti mana yang disebut dalam "Safar Syamwil Yang ke-2".
50. Nabi Daud a.s. telah memerintah selama 40 tahun. Pada tujuh tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Syhalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya.
51. Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik pada zaman kewujudan Bani Israil di bumi palestin. Ini disebabkan oleh dua unsur utama:
i- Kelemahan Maharaja Mesir dan
ii- Nabi Daud a.s. telah mengadakan perjanjian damai dengan raja Finique yang benama Hairon.
52. Nabi Sulaiman a.s. telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israil berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan kekeluargaan antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.
53. Selepas daripada itu kerajaan Bani Israil menjadi lemah disebabkan oleh:-
i- Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya
ii- Kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman.
iii- Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan.
iv- Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin olej Yarba'am.
ZAMAN KEHANCURAN
54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua pihak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s. sebagai raja mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israil telah berpecah kepada dua kerajaan:-
i- Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara mereka bernama kerajaan Yahouza.
ii- Kerajaan Utara, ibu negaranya
KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAIL
55. Pada tahun 721 SM, seorang berbangsa Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israil dan berjaya menawan rajanya Husya' bin ilah. Selepas daripada itu kerajaan Israil merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
56. Pada tahun 608 SM, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan
57. Kejatuhan kerajaan Israil ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtansar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan
BANI ISRAIL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA
58. Selepas kehancuran kerajaan Israil dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israil di bumi Palestin. Pada tahun 538 SM kerajaan
59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.
60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israil bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 M kerajaan Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar dari Palestin.
61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. untuk mengajak Bani Israil ke jalan yang benar akan tetapi seruan itu ditolak oleh mereka.
62. Pada tahun 135 M sekali lagi Bani Israil bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israil. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israil.
63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 M, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di
KITAB SUCI ORANG YAHUDI
64. Di kalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-
i- Perjanjian lama
ii- Talmud.
65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama daripada kitab Talmud walaupun ada di kalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmud lebih utama daripada kitab perjanjian lama. Namun saya lebih cenderung kepada pyang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmud.
66. Kitab Talmud ialah tulisan kepada riwayat-riwayat dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.
67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan di antara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.
68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah
69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan doa dan sejarah perjalanan Bani Israil. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah dalam al-Quran. Selain itu, ia juga ia juga terbahagi kepada al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam al-Quran.
70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada empat bahagian utama:-
<SPAN style="LINE-HEIGHT: 150%; FONT-FAMILY: Arial; mso-bidi-font-size: 12.0pt; mso-fareas 70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada empat bahagian utama:- i- Kitab Musa atau Safar 5 (Pantateuch) ii- Safar-safar sejarah. iii- Safar-safar doa dan syair. iv- Safar kenabian. Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi. SAFAR MUSA 71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi a. Safar penciptaan alam. b. Safar penghijrahan. c. Safar pengulangan. d. Safar Kaum Lawi. e. Safar Bilangan. 72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak dan Yaakob, Nabi yaakob dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi yusuf a.s. 73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan bani Israil selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israil keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israil. 74. "Safar Kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israil. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka. 75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka selamat dari Firaun-Mesir iaitu seramai 603,550 orang kecuali pemuda dari puak Levi. 76. "Safar ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar Levi. SAFAR SEJARAH 77. Safar Sejarah megandungi 16 safar iaitu:- a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israil masuk ke b. Safar Hakim (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israil ketika awal mereka berada di bumi Palestin). c. Safar Raja I. d. Safar Raja II. e. Safar Raja III. f. Safar Raja IV. g. Safar Hari-hari I. h. Safar Hari-hari II. i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi daud dari sebelah ayahnya). j. Safar Azra. k. Safar Nahmia. l. Safar Tubia. m. Safar Astir.(Seorang panglima Israil yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israil). n. Safar yahoudid. o. Safar Mukabi I. p. Safar Mukabi II SAFAR DOA DAN SYAIR 78. Safar ini mengandungi enam safar yang bermula dengan:- a. Safar Ayub. d. Safar Himpunan. b. Safar Mazanir. e. Safar Lagu c. Safar Pujangga. f. Safar Kesedihan Armia SAFAR KENABIAN 79. Safar kenabian terdiri daripada:
a. Ashaia h. Amus o. Hiji b. Armia i. Oubdia p. Zakaria c. Barukh j. Yunan q. Malakhi. d. Hazkial k. Mikha r. Safar Hikmah e. Dania l. Nahum s. Yasyu' bin Sirak f. Husya' m. Hebkuk. g. Yuail. n. Sofnia. 80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng. Kata-kata hikmah, pesanan dan syariat. Uslub penulisannya berbeza di antara satu safar dengan safar yang lain. Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan. Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun. BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN 81. a) Ketuhanan seperti yang etrdapat dalam kitab perjanjian lama. b) Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama. c) Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama. d) Hari Kiamat. 82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya. (Sesungguhnya telah Kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut). – Surah Al-Nahl : 26. 83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah.Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israil. Beliau mengajak umat israil menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam al-Quran juga al-Taurat walaupun telah diselewengkan seperti yang disebut dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dari-Ku dan menyembah mereka," – Safar penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3. 84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israil tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusha' bin Nun, sekali lagi mereka mensyirikkan Allah. Mereka telah menyembah tuhan yang disembah oleh orang-orang Ashur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani Israil yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israil menyembah berhala. Pada awal perpecahan kerajaanIsrail Yarbaam, raja kerajaan Israil telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalin, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh Yarbaam. 85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan mendapati Bani Israil telah beberapa kali mensyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri. 86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israil dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada kumpulan penyamun. 87. Seperti yang disebut dalam "Safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakob sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakob melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi Yaakob. 88. Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh Nabi Musa. Sebaliknya, dia merasa sedih dan menyesal. 89. Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan. 90. Di dalam "Safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s. telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israil sewaktu ketiadaan Nabi Musa disebabkan oleh perasaan dengkinya. 91. Di dalam "Safar Samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour Shazim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik, perempuan itu adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian lelaki berkenaan sampai kepada Nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman. 92. Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lama telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, nabi Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau. 93. Apabila kita perhatikan di dalam al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (Surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang dilakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia ini. MAZHAB DAN FIRQAH DALAM AGAMA YAHUDI. 94. Agama yahudi seperti mana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain. 95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmut dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian. 96. Diantara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah:- a) Farasiyun (Rabbaniyun) b) Soduqiyun c) Katabah d) Hasadiyun e) Samiriyun f) Qurraayun 97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israil di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israil agar kembali berpegang kepada akidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan mereka. 98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan mereka, balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. 99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga ialah kitab suci. 100. Sebenarnya golongan Farasiyun adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israil. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogan kata yang mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara". 101. Golongan al-Sodiqiyun pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja. 102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangsawan yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat. 103. Hasadiyun pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintaahn kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173 – 175 SM. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiyun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang berpegang perkahwinan merupakan kewajipan agama. 104. Golongan Qurraun merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulama' di kalangan orang Yahudi yang hidup di 105. Golongan katabah pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya. Mereka telah mengumpul pengikut dan harta-harta yang didermakan untuk tujuan kepentingan mereka. PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA. 106. Dalam beberapa ayat al-Quran ada menyatakan bahawa Allah s.w.t. telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat al-Quran yang menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:- i- Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keasliannya sebagai mana ia diturunkan. ii- Sebaahgian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau disembunyikan. Dalam perbicaraan inikita akan menjadikan al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut. Firman Allah Taala (Telah kami turunkan kepadamu wahai Muhammad al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu). – Al-Maidah : 107. 108. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut dalam Safar Pembentukan Alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama enam hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s. iaitu selama 950 tahun. 109. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat dalam Safar Pembentukan Alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari ke tujuh iaitu hari Sabtu. Mengikut sejarah. Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan dalam al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun) 110. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s. 111. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:- i- Menepati dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan al-Quran dan al-Hadis. ii- Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya. iii- Ia tidak disebut di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat. Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari dalam kitab al-Tauhid yang berbunyi : "Jangan kamu membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami". PENUTUP Di sepanjang perbicaraan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah dirubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina kepada menjadi yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran dan kajian kita bersama untuk mendaulatkan kembali syariat yang ditinggalkan oleh rasulullah s.a.w. RUJUKAN 1. al-Quran al-Karim dan terjemahannya. 2. Kitab Perjanjian Lama 3. Yahudi. Profesor Ahmad Shalabi. 4. Pengantar Pengajian Agama. Doktor Safwat Hamid. 5. Kajian Mengenai Kitab Taurat. Doktor Aminah Mohd Nasir. 6. Cerita Agama-agama. Mustafa Mazhar. Disediakan oleh: Ahmad Faisal Abd Hamid (ANISAL) Fellow MANHAL 5 OGOS 1998. ANJURAN : MARKAZ PENGUMPULAN KAJIAN DAN HASILAN PENYELIDIKAN (MANHAL) BPAP PMRAM. HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. ©MANHAL PMRAM 2000 Tahanan Palestin dilupakan Tawanan tiga askar Israel dibalas bom, nasib si kecil dalam penjara Yahudi tak dihirau HANYA kerana tiga askarnya ditawan, puluhan rakyat tidak berdosa menjadi mayat dalam sekelip mata gara-gara kegilaan Israel melancarkan perang di Palestin dan Lubnan. Itu baru tiga, bayangkan 100 askarnya ditawan, pasti meletus perang baru di Asia Barat. Namun, hakikatnya ada lebih 8,000 tahanan Palestin dan Arab merengkok dalam penjara Israel yang tidak mendapat pembelaan mahu pun simpati dunia sepenuhnya. Malah, jenayah kejam Israel bukan seminggu dua ini di Palestin dan Lubnan, tetapi sejak bertahun-tahun lalu atas nama mempertahankan negara Israel. Malangnya, sejak tiga minggu lalu, dunia lebih mengenali fakta dibentangkan Israel, tiga askarnya iaitu seorang di Palestin dan dua lagi ditawan Hizbullah di Lubnan. Dunia dipaksa bersimpati dengan rejim Zionis itu dan akur dengan tindakan gilanya membunuh lebih hampir 100 orang di wilayah Palestin, Lubnan selain memusnahkan kemudahan awam serta membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri di Beirut dan perumahan. Semua ini demi tiga askar kesayangannya. Namun, dunia tidak pernah mengenali nasib lebih 8,000 tahanan Arab dan Palestin, termasuk kanak-kanak semuda 18 bulan yang disumbat ke penjara Israel. Tahanan yang bukan ditahan sehari dua sebaliknya sejak berdekad lalu, dari anak kecil menjadi dewasa dan yang hidup sehingga mati sehingga kini seakan dilupakan dunia. Sejak September 2000, lebih 2,500 anak Palestin ditahan dan setakat ini, ada seramai 388 anak kecil dan remaja menjadi penghuni tembok jeriji Israel. Jika dihitung mengikut kiraan matematik sekali pun, nisbah 3 berbanding lebih 8,000 sememangnya jauh daripada seimbang. Tetapi kiraan berat sebelah itu yang ketara apabila nasib tiga askar dibela dan disokong negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan paling menyedihkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerman, Sepanyol dan Jepun yang menggesa pembebasan segera mereka. Nasib tahanan Palestin itu, sehingga rencana ini ditulis hanya dibela kumpulan pejuang seperti Hamas, Hizbullah serta negara lain seperti Iran, Jordan, Mesir, Indonesia, Perancis dan Russia. Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar. Pihak lain yang turut memberi simpati adalah pelbagai pertubuhan hak asasi manusia Palestin seperti Persatuan Addameer dan pertubuhan Yahudi sendiri. Hakikatnya, sukar untuk mendapatkan bilangan sebenar tahanan Palestin itu seperti diakui media Barat. Bagaimanapun, mengikut pertubuhan bukan kerajaan Israel, setakat Januari 2006, ada lebih 8,200 tahanan Palestin dalam penjara Israel. Jumlah itu termasuk 3,111 ditahan askar Yahudi (741 ditahan mengikut penahanan pentadbiran) dan 5,127 disumbat ke penjara Israel (53 atas alasan penahanan pentadbiran). Beberapa pertubuhan lain memberikan angka lebih besar kerana adanya tahanan politik Palestin yang memegang pasport Israel tidak diambil kira . Persatuan Tahanan Palestin dalam laporannya tahun lalu, menyatakan seramai 19 tahanan menjalani hukuman 20 tahun dan 140 lain bagi hukuman 15 tahun atau lebih lama. Laporan Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin menyatakan 400 daripada mereka ditahan sebelum Perjanjian Oslo - persetujuan yang sepatutnya menyaksikan pembebasan mereka. Kebanyakan warga Palestin ditahan atas alasan penahanan pentadbiran atau ringkasnya, dikurung tanpa pendakwaan rasmi yang menyaksikan golongan wanita dipaksa berbogel di depan askar lelaki Israel yang melakukan pemeriksaan badan. Perintah Tentera Israel 1988 memberi kuasa kepada askarnya menahan warga Palestin sehingga enam bulan lamanya tanpa dibicara dan tempoh itu boleh dilanjutkan. Dalam laman web www.addameer.org/index_eng.html, ada pelbagai paparan kisah sedih dan duka mengenai warga Palestin yang ditahan Israel. Persatuan Addameer yang memperjuangkan nasib tahanan Palestin, kini melancarkan kempen menuntut kerajaan Israel membebaskan wanita Palestin, Manal Mahmoud Ghanem, 29, dan anak lelakinya, Nour yang berusia satu setengah tahun. Nour yang belum mengerti apa-apa, diberi status banduan oleh Israel yang menjadikannya tahanan termuda Palestin setakat ini. Pasangan anak dan ibu ini ditahan di Penjara Tilmond selepas Manal dijatuhkan hukuman penjara 50 bulan atas alasan cuba membunuh biarpun dia tidak terbabit. Apa yang menyedihkan, Manal menghidap penyakit Thalassemia dan memerlukan rawatan rapi yang tidak disediakan pihak penjara Zionis itu. "Saya bimbangkan nasib Nour kerana pengawal penjara ada kalanya menyembur air atau gas pemedih mata ke atas banduan wanita. Dia perlukan cahaya matahari, udara segar dan mainan tetapi itu semua tidak dibenarkan. Jika diberi lampin pun, terlalu kecil buatnya," kata Manal. Di luar penjara, suaminya, Naji terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada tiga anak lain - Majeed, Niven dan Ihad yang membesar tanpa kasih sayang Manal. Apa yang pasti, Nour bukan satu-satunya tahanan muda Palestin. Pertubuhan Defence of Children International (DCI) memberikan statistik terbaru iaitu setakat bulan lalu, serama 388 kanak-kanak Palestin merengkok dalam penjara Israel. Beratus-ratus lain ditahan ketika kecil, kini sudah dewasa. Kementerian Palestin menyatakan lebih 3,000 kanak-kanak Palestin bergelar tahanan Israel sejak September 2000 yang sebahagian besar ditahan kerana melontar batu. Ibarat cakap tidak serupa bikin, undang-undang Israel menyatakan kanak-kanak perlu mencecah usia 16 tahun sebelum boleh dibicara atau dijatuh hukuman. Namun, seperti diakui penulis Britain, Isabelle Humphries, hakikatnya ramai yang seawal usia 12 tahun diheret ke mahkamah dan seterusnya penjara. Dasar kejam Israel ke atas kanak-kanak itu bukan setakat melanggar peraturannya sendiri, tetapi juga antarabangsa iaitu Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak bertarikh 20 November 1989 dan Israel antara negara yang memeterainya, jelas menetapkan seseorang itu cuma dianggap dewasa apabila mencecah usia 18 tahun. Selain anak kecil, lebih 100 tahanan Palestin adalah wanita dan ada diantaranya bersalin dalam penjara. Mereka ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi menjadi galang ganti atas perbuatan saudara lelaki mereka. Namun, yang pasti, mereka menjadi mangsa penderaan seks oleh pengawal penjara Israel. Pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa menerima aduan 85 peratus tahanan yang mendakwa didera. Ia termasuk tangan digari dengan kedudukan badan yang sukar, sering dibelasah, dikurung dalam kegelapan serta memaksa tahanan mengenakan penutup kepala yang dilumuri najis manusia. Cuma, kita bimbang jika dunia dan kerajaan Arab terus membutakan mata atas pembunuhan penduduk awam Palestin dan Israel, tanggungjawab pembelaan mereka akan diambil sepenuhnya kumpulan pejuang seperti Hamas dan Hizbullah yang jauh lebih berani. Jika itu berterusan, bukan saja semakin ramai tahanan Palestin dan Arab dalam penjara Israel, tetapi lebih banyak nesan insan tidak berdosa yang menjadi mangsa kegilaan Israel dan kebutaan hati dunia, bertaburan sehingga ke luar wilayah Palestin. PETIKAN BERITA HARIAN ... UNIVERSITI AL-AZHAR Universiti Terawal di Dunia Sejarah Masjid al-Azhar mempunyai tiga mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhar tetap tampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut. Mercu-mercu ini dibina pada tiga zaman. Mercu di sebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitbay, sementara yang sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman Kesultanan Mamalik. Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Amir Abdul Rahman. Semenjak itu, kekallah al-Azhar dengan tiga mercu azan. Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil daripada paduan seni tiga zaman kesultanan Islam. Gempa Bumi di Mesir Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah, satu bencana alam yang dahsyat telah berlaku. Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir. Al-Azhar juga kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Namun kerja pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid al-Azhar dan Madrasah al-Tibrisiah merupakan madrasah pertama yang didirikan. Ia diasaskan oleh al-Amir Tibris bin Abdulah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau dikebumikan di madrasah tersebut. Objektif al-Azhar Al-Azhar di Zaman Kerajaan Uthmaniah Pengajian di al-Azhar Nama-nama al-Azhar RISALAH UNIVERSITI AL-AZHAR STRUKTUR PENTADBIRAN AL-AZHAR 1. Majlis Tertinggi Anggota-anggotanya terdiri daripada : 2. Rektor Universiti 3.Timbalan-timbalan Rektor 4. Setiausaha-setiausaha FAKULTI-FAKULTI DI AL-AZHAR 2. Fakulti-fakulti Siswi PENGAJIAN DI AL-AZHAR SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BAGI PELAJAR LUAR MESIR 2. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi dari Maahad Bu'uth Islami atau yang setaraf dengannya, mereka layak memohon masuk ke fakulti-fakulti tertentu berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan. PENGIKTIRAFAN AKADEMIK YANG DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI 1.Ijazah Pertama Ijazah ini juga dikenali sebagai Bachelor of Art (B.A) dan mengambil masa antara 3 - 5 tahun mengikut fakulti. Walau bagaimanapun , pihak universiti turut mengeluarkan pengiktirafan yang lebih tinggi daripada itu dalam semua bidang pengkhususan ilmu di semua fakulti. Keterangan lanjut adalah seperti di bawah. 2.Diploma Pendidikan Tinggi Terbuka kepada semua lepasan yang telah menghabiskan peringkat ijazah pertama (B.A) tanpa mengira pangkat yang diperolehi. Biasanya, kebanyakan fakulti mensyaratkan calon-calon yang memohon mestilah telah berpengalaman dalam bidang yang berkenaan selama 2 tahun sejak keluar daripada pengajian ijazah pertama.Pengajian pada peringkat ini merupakan pengajian peringkat tinggi yang merangkumi akademik dan praktikal. Biasanya, peringkat ini mengambil masa selama 2 tahun pengajian atau 4 semester. Di samping itu, al-Azhar juga menerima kemasukan lepasan B.A daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf sama ada di Mesir atau di luar Mesir untuk mengikuti pengajian peringkat diploma di sini. Calon bukan lepasan al-Azhar juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum Islam. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat diploma ini. 3.Peringkat Pengkhususan (Master) Calon-calon yang memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat B.A di Universiti al-Azhar layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master (M.A). Sesetengah fakulti mensyaratkan calon yang memohon perlu menghabiskan setahun (atau 2 tahun) selepas B.A. sebagai syarat kelayakan masuk. Ada juga yang mensyaratkan calon perlu sekurang-kurangnya memperolehi pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran yang ingin diambil sebagai syarat pengesahan kemasukan ke peringkat ini. Syarat yang sedemikian juga dikenakan kepada pemohon yang memperolehi ijazah pertama daripada mana-mana universiti di Mesir atau yang setaraf dengannya daripada lain-lain institusi pengajian yang diiktiraf oleh pihak universiti. Mereka juga disyaratkan mengambil beberapa peperiksaan berdasarkan kurikulum tertentu. Ia perlu dipelajari dalam tempoh pengajian dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Master ini. Sesetengah fakulti juga menerima kemasukan lepasan Diploma Pendidikan Tinggi dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan. Tempoh minimun bagi menghabiskan pengajian ini ialah selama 2 tahun bagi fakulti amali dan ditambah kepada 3 tahun bagi kebanyakan fakulti teori termasuklah semua fakulti keagamaan (Islam). 4.Peringkat Doktor Falsafah (PhD) Calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ini disyaratkan memperolehi ijazah M.A. dalam bidang-bidang pengkhususan tertentu sama ada daripada Universiti al-Azhar , lain-lain universiti di Mesir, atau peringkat yang setaraf dengannya di mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak universiti. Bagi calon bukan lepasan M.A al-Azhar, mereka perlu menghabiskan beberapa pengajian daripada kurikulum tertentu dalam tempoh pengajian universiti dan perlu lulus sebagai prasyarat pengesahan kemasukannya ke peringkat Doktor. Sesetengah fakulti mensyaratkan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Jayyid Jiddan bagi calon yang berminat menyambung pelajaran mereka ke peringkat ini. Calon juga diwajibkan menyediakan thesis (kajian ilmiah) asli yang belum dikeluarkan oleh mana-mana pihak sebelum ini untuk mencapai peringkat Doktor Falsafah.Tempoh minimum untuk mencapai peringkat ini ialah 2 tahun dan ia boleh meningkat kepada 4 atau 6 tahun berdasarkan fakulti-fakulti dan situasi-situasi tertentu. PMRAM All Right Reserverd BERAMAL SEBELUM TERLAMBAT... SIAPA USAHA DIA BERJAYA...
Posted by mahabbah at 12:31 pm
Make a comment Permalink
Posted by mahabbah at 10:42 am
Comment (1) Permalink
Posted by mahabbah at 10:41 am
Make a comment Permalink
Posted by mahabbah at 10:39 am
Make a comment Permalink


Kaherah merupakan ibu negara Mesir. Umurnya telah menjangkau lebih seribu abad. Bangunan-bangunan lama masih terus didiami, lorong-lorong gelap penuh dengan sampah-sarap, lopak-lopak air dan pelbagai lagi keadaan yang menggambarkan betapa berusianya bandar ini. Walau bagaimanapun, situasi ini seakan tidak teras, hilang terselindung di sebalik gemerlapan sinar mutiara agung Mesir, al-Azhar, sebuah gedung ilmu yang terkenal di seluruh dunia.
Seluruh pelusuk dunia mengetahui al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan profesional Islam yang sering mengocakkan kealpaan jahiliyyah. Segala isu atau permasalahan masyarakat dapat diselesaikan oleh mereka. Pihak musuh sememangnya memendam dendam kesumat melihat semua ini dan sentiasa merancang pelbagai strategi untuk menjatuhkan al-Azhar di kaca mata masyarakat. Semenjak dahulu lagi, al-Azhar didatangi oleh para pelajar dari serata dunia seperti China, Eropah, India dan lain-lain. Semakin hari al-Azhar semakin berkembang dan semakin ramai tokoh-tokoh pemikir Islam yang sejati dilahirkan bermula zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyyah lagi.
Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu al-Azhar. Mengikut lembaran awal sejarah, tertera bahawa tanggal 6 Julai 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka dengan rasminya dan dijadikan sebagai ibu negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli, seorang panglima yang gagah perkasa pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini selesai pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan di masjid berkenaan. Pada tahun 378 H (988 M), seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir, Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada pemerintah zamannya, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami' al-Azhar.
Mercu Azan
Cemburu musuh al-Azhar meluap-luap melihat al-azhar. Kenapa ? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sasaran dan objektif al-Azhar satu hari nanti akan menghancurkan mereka. Pada Oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitun ini. Ketua jihad ini terdiri daripada syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya Syeikh Sulaiman Jausuqi dan Syeikh Mauruqi. Tragedi ini berlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussein. Apa yang menyakitkan hati ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajah Perancis. Namun Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemikan rupa. Pada tahun 1800 M, bangkit manusia berhati singa dari al-Azhar yang bernama Sulaiman al-Halbi dan beliau membalas dengan menumpahkan darah Cilber, ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya sekali-kali tidak dimaafkan oleh Islam. Selepas itu, tercatat sekali lagi sejarah apabila buat pertama kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan Azhari. Muhammad Ali Hakiman, hakim lulusan al-Azhar dilantik pada tahun 1805 dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan tiga segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasser. Sekali lagi al-azhar memainkan peranan yang penting. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangan dan harumnya tersebar ke serata dunia.
Al-Azhar di Zaman Pemerintahan Ayyubiyah (567-648 H)(1171-1250 M) Salahuddin Yusuf bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah tersebut. Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti tafsir, hadis, ilmu fiqh, ilmu kalam, bahasa Arab dan sastera. Di samping itu, diajarkan juga ilmu aqli seperti falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain. Antara perubahan yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah pengajian yang memperdalamkan ajaran Islam tulen Ahli Sunnah wal Jama'ah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah pupus.
Pertama kalinya, bendera kerajaan Islam Uthmaniah berkibar di Mesir, pada Januari 1517 M setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama lapan bulan sebelum pulang ke Qastantaniah, pusat pemerintahannya bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang dari Mesir dan kitab-kitab yang berharga daripada maktabah al-Azhar untuk digunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu. Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuian dan agama terutamanya pada zaman pemerintahan keturunan Basya, yang diutuskan dari Turki. Para ulama' disegani dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara'. Pada zaman ini, gelaran as-Syeikh Jami' al-Azhar yang dianugerahkan oleh khalifah semenjak abad ke-17 M dikekalkan hingga ke hari ini.
Sejarah pengajian di al-Azhar selari dengan sejarah Jami'ah tersebut telah melalui liku berkelikir dalam perjalanan yang masih jauh. Pengajian dimulakan dengan menggunakan Kitab I'tisar yang mengajar fiqh Syi'ah sebaik sahaja ia dibina dalam tahun 365 H (975 M) setelah mendapat arahan daripada pemerintah kerajaan Fatimiyyah al-Maiz li Din Daulah, Qadil Duda' Abu Hassan Ali bin Nukman bin al-Qaitawani. Setelah mendapat nasihat daripada menterinya, Ya'akub bin Kals, ditetapkan pada malam Selasa dan Jumaat, penggunaan Waziriyyah sebagai perbincangan usul fiqh Syi'ah. Selepas itu, penambahan madah-madah lain dilakukan sehingga institusi tersebut menjadi institusi pertama yang membincangkan segala bidang ilmu, dengan cabang-cabang ilmu yang dipecahkan kepada Ulum Quran, Tafsir, Hadith, Tauhid, Sejarah, Riadhah, Falaq, Bahasa, Sastera, dan sebagainya lagi. Diadakan juga pembelajaran khusus untuk wanita. Semua ini dilakuakan dengan penggembelingan yang sepenuhnya di antara rakyat dan pemerintah, guru-guru, syeikh-syeikh dan murid-murid untuk menyebarkan ajaran Syi'ah di seluruh pelosok alam. Jawatan yang paling tinggi disandang oleh Da'ie Du'at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada khalifah tetapi ia mempunyai kreadibiliti yang tersendiri, bebas daripada khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas. Di bawah kerajaan Ayubiyyah pula, Sultan Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi'ah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doktor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falak dan riadhah. Ilmu kesusasteraan Arab pulka diajar oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru daripada Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu kalam, mantiq dan perubatan. Pendekatan yang digunakan semasa pembelajaran berbentuk halaqoh iaitu seorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiang masjid dilingkungi oleh murid-murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah serta diikuti ilmu yang akan dipelajari. Sejurus selepas itu, syeikh tersebut akan memperbetulkan kesilapan bacaan dan tulisan murid-muridnya, menggulang pelajaran yang lalu, menyambung pelajaran baru dan diakhiri dengan perbincangan dan soal jawab serta ditutup dengan surah al-Fatihah. Dengan cara ini, pelajar-pelajar tidak akan ponteng untuk mengelakkan ketinggalan. Kitab-kitab yang digunakan adalah hasil tulisan tangan perempuan dan abdi-abdi lelaki serta penulis-penulis yang diupah. Pada zaman pemerintahan Mamalik pula, Jami' al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami' dan universiti-universiti Islam di Baghdad telah hancur meninggalkan puing-puing abu runtuhan bangunan akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Halako Khan. Air sungai Furat dan Dijlah yang berwarna biru telah bertukar menjadi hitam, kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan. Namun, al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya. Selama beberapa ratus tahun semenjak penubuhannya, penekanan terhadap pendidikan wanita lebih diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan. Pada tahun 1882 M (1302 H), seorang perempuan dari muhafazah Manufiyyah, Fatimah Khalfawiyyah telah mengikuti saudara lelakinya, Syeikh Muhammad Khalfawi ke Ma'ahad Tanta tetapi telah gagal dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh Syeikh Dasuki al-Arabi. Pada tahun 1884 M (1304 H) pula terdapat beberapa orang perempuan lagi di Ma'ahad tersebut, seperti Fatimah al-Ghanamiyyah dari Tanta dan Fatimah 'Audhiyyah dari Mansourah. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang al-Azhar pada tahun 1961. Pada tahun tersebut, berlaku beberapa perubahan besar dalam pentadbiran al-Azhar. Ma'ahad khas untuk perempuan telah dibina dan tenaga-tenaga pengajar dilantik daripada al-Azhar.
Jami' al-Azhar pernah memperolehi beberapa nama dalam lipatan sejarah. Pada peringkat pertama, al-Azhar dikenali sebagai Jami' Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya masjid tersebut. Pada masa ini, ia dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai anak perempuan (puteri) ibu kota tersebut. Menurut Ahmad Mohd 'Auf seorang penulis al-Azhar, pada masa tersebut Jami' 'Amru bin al-'As dikenali sebagai Jam'u al-Jawami' atau Masjid al-Jami' atau Taj al-Jawami'. Selepas itu, masjid tersebut ditukar namanya kepada Jami' al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian yang dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama yang ketiga ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidatina Fatimah binti Rasulullah saw yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahra'. Namun, gelaran ini pulalah yang diabadikan pada Masjid az-Zahra'. Mengikut pendapat yang kedua pula, nama ini dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya, yang ketiganya pula berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam. Kini, masjid yang bersejarah yang dibina oleh Jauhar Saqla tetap utuh dan kekal walaupun ia bukan lagi seratus peratus bercorakkan binaan dan kesenian asli seperti pada zaman beliau. Walau bagaimanapun, fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu Islam tetap gemilang sehingga sekarang.
Tidak dapat dinafikan bahawa Universiti al-Azhar as-Syarif mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan, terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, sama ada di al-Azhar sendiri mahupun al-Buhuth. Di samping menjaga kecemerlangan tradisi ilmu Islam, pembelajaran dan penyebarannya, al-Azhar juga menyampaikan Risalah Islamiah kepada seluruh umat manusia dan berusaha merealisasikan hakikat keilmuan dalam Islam serta manifestasinya dalam membina peradaban insaniah, lantas mampu menjamin keharmonian sejagat, sama ada di dunia mahupun akhirat. Al-Azhar turut memainkan peranan penting dalam meniupkan api perjuangan kebangkitan tamadun Arab dari segi tradisi ilmu, pemikiran, dan spritual. Fungsinya yang agung turut melahirkan ramai ulama' 'amilin bagi seluruh dunia Islam yang bersatu atas paksi keimanan kepada Allah, keyakinan yang ampuh dan pendirian yang teguh, kekuatan rohani, kemantapan Aqidah dan Syariat, serta kemahiran berbahasa al-Quran (Arab). Al-Azhar meneruskan tradisi kegemilangannya dengan menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah dalam ilmu dan amalan. Realitinya tampak dengan kewujudan fakulti perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan sebagainya dalam usaha memperteguhkan hubungan antara agama dengan kehidupan serta ikatan aqidah dengan cara hidup seharian. Ia juga menyediakan kader-kader ad-dien yang akan terjun ke dalam arena dakwah di jalan Allah berbekalkan uslub hikmah dan nasihat yang baik. Akhirnya, al-Azhar yang sedemikian merupakan agen penting dalam mengutuhkan kesepaduan ilmu dan kebudayaan Islam dengan lain-lain universiti dan institusi-institusi pendidikan Islam, sama ada di sekitar dunia Arab ataupun bukan Arab, lantas melangkaui dunia yang global.
1. Majlis Tertinggi 2. Rektor 3. Timbalan-timbalan rektor 4.setiausaha-setiausaha
1. Rektor yang mempengerusikan majlis
2. Timbalan-timbalan Rektor
3. Dekan-dekan Kuliah
4. Wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, dipilih oleh Menteri daripada Pegawai pegawai Tertingginya.
5. orang anggota (maksimum) daripada ahli Mujamma' Buhuth Islam
6. orang anggota (maksimum) yang mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pelajaran di Universiti al-Azhar.
Bertanggungjawab penuh kepada Hal Ehwal Pentadbiran al-Azhar sama ada Pendidikan, Pengurusan, dan Kewangan. Turut mentadbir jabatan-jabatan serta menerima ketetapan sistem Al Azhar berdasarkan persetujuan daripada Presiden Mesir. Kriteria utamanya ialah pernah menduduki salah sebuah kerusi 'Ustaz' di Universiti al-Azhar ataupun mana-mana universiti di Mesir sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 tahun. Hal yang sedemikian juga disyaratkan kepada Timbalan-timbalannya.
Terdapat 4 orang Timbalan Rektor berdasarkan bahagian-bahagian tertentu : i Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajaran Dan Pelajar ii Timbalan Rektor Pendidikan Tinggi dan Buhuth iii Timbalan Rektor Cawangan Assyut iv Timbalan Rektor Cawangan Banat Mereka membantu Rektor dalam urusan pentadbiran universiti dan menggantikan tempat Rektor sepanjang ketiadaan beliau.
Bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan dan pengurusan di bawah seliaan Rektor dan Timbalan-timbalannya. Pada masa ini, terdapat 4 orang Setiausaha, iaitu :
i Setiausaha Pembantu Universiti
ii Setiausaha Pembantu
iii Setiausaha Cawangan Assyut
iv Setiausaha Cawangan Banat
Mereka dibantu oleh 11 orang Pengetua-pengetua jabatan.
Sebenarnya, pendidikan tinggi di al-Azhar berdasarkan Peraturan 103 tahun 1961M hanyalah merangkumi 3 fakulti asas iaitu : (Bahasa Arab , Syariah Wal Qanun , dan Usuluddin. )
Walau bagaimanapun, peraturan tersebut telah dipinda berdasarkan perkembangan semasa. Seterusnya, al-Azhar telah mengorak langkah dengan menambahkan fakulti-fakulti baru termasuklah perubatan, kejuruteraan, pertanian, dan perniagaan. Sesungguhnya, fakulti-fakulti baru ini dalam bentuk teori dan praktikalnya, mempunyai keistimewaan yang ketara berbanding fakulti-fakulti yang sama di lain-lain universiti kerana ia meliputi pembelajaran Islam di samping matapelajaran-matapelajaran asas. Hal ini jelas memberikan pemahaman ilmu yang mantap kepada para pelajar dengan didasari oleh keyakinan kepada Allah dalam usaha menjadikan mereka sebagai role model yang terbaik kepada masyarakat, seterusnya mampu membangunkan masyarakat dengan jayanya. Sehingga kini, terdapat 52 buah fakulti di Universiti al-Azhar. Keterangan lanjutnya adalah seperti berikut :
1. Fakulti-fakulti Siswa
A: Di Kaherah
I Usuluddin
ii Syariah Wal Qanun
iii Bahasa Arab
iv Pengajian Islam dan Bahasa Arab
v Dakwah Islamiah vi Tarbiah
vii Bahasa-bahasa dan Terjemahan viii Sains
ix Perubatan
x Farmasi
xi Perubatan Gigi
xii Kejuruteraan
xiii Pertanian
vx Perniagaan
vxi Maahad Pengajian Komunikasi
B: Di Cawangan-cawangan
1- Kawasan Selatan
I Usuluddin dan Dakwah di Assyut
ii Syariah Wal Qanun di Assyut iii Bahasa Arab di Assyut
iv Perubatan di Assyut
v Perubatan Gigi di Assyut vi Farmasi di Assyut vii Sains di Assyut
viii Pertanian di Assyut
ix Bahasa Arab di Jerja
x Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Qana
xi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Aswan
2- Kawasan Utara
I Usuluddin dan Dakwah di Tanta
ii Syariah Wal Qanun di Tanta
iii Ulum Al Quran di Tanta
iv Usuluddin dan Dakwah di Zaqaziq
v Bahasa Arab di Zaqaziq
vi Usuluddin dan Dakwah di Shibin Kaum
vii Bahasa Arab di Shibin Kaum
viii Syariah Wal Qanun di Damanhur
ix Bahasa Arab di Itai Barud
x Syariah Wal Qanun di Tafhana Al Asyraf - Daqhaliyyah
xi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dasuk
xii Usuluddin dan Dakwah di Mansoura
xiii Bahasa Arab di Mansoura
vx Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Dumyat (baru)
A: Di Kaherah
I Pengajian Islam dan Bahasa Arab
ii Pengajian Kemanusiaan
iii Perubatan
iv Sains
v Perniagaan
vi Farmasi
B: Di cawangan-cawangan
1- Kawasan Timur
I Pengajian Islam di Assyut
ii Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Suhaj
2- Kawasan Utara
I Ekonomi Rumahtangga di Tanta
ii Perniagaan di ?Tafhana Al Asyraf
iii Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mansoura
iv Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Iskandariah
Pengajian di al-Azhar sememangnya terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini disebabkan fakulti siswi diletakkan berasingan daripada fakulti siswa. Selain itu, kemasukan berdasarkan faktor keturunan tidak diamalkan di sini. Pengajiannya berjalan di atas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang berdasarkan 2 penggal pengajian sahaja. Perlu disebutkan juga bahawa peperiksaan di al-Azhar dijalankan mengikut pemeringkatan yang telah ditetapkan.
1. Bagi mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-maahad al-Azhar atau Maahad Ghizzatuddin, mereka disyaratkan memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar untuk kelayakan memohon masuk ke mana-mana fakulti berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan.
3. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya dan juga calon yang mendapat biaya pengajian daripada Kerajaan Mesir, mereka layak memohon masuk dengan mengambil kira keadaan berikut : 3.1 Bagi pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke Fakulti-fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab layak memohon berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan. Hal yang sama turut disyaratkan kepada pelajar-pelajar dari Selatan Sudan.
4. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Pengiktirafan (Mu'adalah) bagi tahun-tahun tertentu layak memohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Lujnah Pengiktirafan Universiti al-Azhar.
Perhatian :
Kesemua calon di atas perlu mengemukakan borang permohonan mereka kepada Urusetia Bu'uth Islam al-Azhar melalui Pejabat Pendaftaran Kemasukan Pelajar Universiti al-Azhar berdasarkan syarat-syarat berikut:
a. Disyaratkan kepada lepasan Maahad Thanawi al-Azhar dan Al Bu'uth serta pengkhususanQiraat untuk memohon kemasukan ke universiti bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun daripada tahun penerimaan sijil. Bagi calon yang bukan dari negara Arab yang berminat memasuki fakulti keagamaan, mereka disyaratkan memohon dalam masa tidak melebihi 3 tahun dari tarikh penerimaan sijil.
b. Calon-calon wajib memperolehi Sijil Mu'adalah dengan pangkat lulus sama ada Mumtaz (90%), Jayyid Jiddan (80%), Jayyid (65%), atau Maqbul (50%). Bagi yang lulus tanpa pangkat juga layak dengan syarat memperolehi markah kelayakan minimun untuk masuk.
c. Kemasukan calon luar Mesir ke fakulti-fakulti bukan keagamaan dihadkan dengan tidak melebihi 10% daripada bilangan calon Mesir manakala keutamaan bagi kelayakan masuk adalah seperti berikut :
(I) Calon-calon luar yang mendapat tajaan pengajian dari Kerajaan Mesir.
(ii)Calon-calon yang memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar atau Maahad Bu'uth Islami di Mesir.
(iii)Calon-calon yang memperolehi Sijil Mu'adalah yang setaraf dengan Sijil Thanawi AlAzhar atau Maahad Bu'uth Islami dan Kemasukan pelajar ke fakulti-fakulti seperti Perubatan,Perubatan Pergigian, Farmasi, dan Kejuruteraan tidak dibuka kepada semua warganegara asing melainkan mendapat kebenaran khas daripada Rektor Universiti.
e.Calon-calon yang layak daripada sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya akan menyusuli calon-calon tajaan Kerajaan Mesir pada peringkat pra Universiti. Segala peraturan pengajian dan peperiksaan yang berkenaan turut melibatkan mereka.
f. Semua calon tidak akan mendapat pengesahan kemasukan ke universiti sama ada di peringkat pra mahupun ijazah sehingga selesai membayar segala yuran dan bayaran jaminan serta urusan-urusan pengajian yang lain berdasarkan Peraturan Pelaksanaan bagi Undang-undang Bernombor 103 Tahun 1961M yang dikeluarkan dengan persetujuan Presiden Mesir bernombor 250 Tahun 1975 dan disemak oleh Majlis Tertinggi al-Azhar pada 31 Mac 1985.
Created By Wildanians®
Posted by mahabbah at 10:01 am
Comments (5) Permalink
Posted by mahabbah at 11:08 am
Make a comment Permalink
Posted by mahabbah at 11:06 am
Make a comment Permalink
Google Modules
Next Page










